Sunday, April 1, 2012

kaedah pnyelesaian masalah

      Manusia tidak dapat lari daripada menghadapi sesuatu masalah dan berbagai bentuk dan rupa yang memerlukan penyelesaian.Ada masalah yang boleh diselesaikan dengan menggunakan cara fikiran logik,ada yang memerlukan penyelesaian secara agama,ada yang memerlukan penyelesaian secara kreatif.
        Terdapat perbezaan diantara masalah dan isu .Sesuatu masalah perlu satu penyelesaian yang agak segera manakala sesuatu isu perlu ditangani dengan lebih waspada.kajian menunjukkan ada ciri-ciri tertentu yang membezakan kemampuan seseorang di dalam penyelesaian masalah.terdapat empat ciri penting didalam individu yang menjadikannya seorang penyelesaian masalah yang berkesan iaitu motivasi yang kuat,trait yang positif,jati diri dan membina kemahiran.
         Adalah amat penting untuk menklasifikasikan masalah mengikut kategori yang tertentu kerana setiap jenis masalah memerlukan penyelesaian yang tersendiri.Terdapat enam jenis masalah iaitu misteri,tugasan,kesukaran,peluang.tidak pasti (puzzles) dan dilema.Masalah misteri ialah satu situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku atau yang diharapkan.kerja yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas memperincikan kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan berserta dengan objektif pencapaian ialah tugasan.Kesukaran pula dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu subjektif dan objektif.Kesukaran subjektif ialah sifat-sifat negatif atau mental blok yang ada pada individu itu sendiri.manakala kesukaran objektif pula ialah perkara-perkara yang menghalang kemajuan yang berada di luar individu.Bagi masalah peluang pula,usaha harus ditumpukan untuk menerbitkan peluang sebab kebanyakkan peluang yang ada adalah hasil daripada usaha kita yang menerbitkannya.Didalam beberapa situasi kita tahu jawapan atau jalan penyelesaian kepada masalah tertentu tetapi kita tidak tahu mana jawapan yang betul dan situasi ini dikenali sebagai keadaan yang tidak pasti (puzzles).Dilema adalah situasi dimana amat sukar untuk mencari penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya.dilema tidak boleh diselesaikan dengan komputer tetapi ia memerlukan penyelesaian kemanusiaan : melalui perasaan manusia.
      Berikut ialah satu model penyelesaian masalah secara logik dan saintifik yang menggunakan lapan langkah.Langkah pertamanya ialah mendefinisikan masalah.mendefinisikan masalah dengan betul adalah penting,kerana kalau tidak penyelesaian yang diusahakan mungkin tidak membawa kesan seperti yang diingini.Langkah kedua ialah mengkelaskan masalah.salah satu cara mengkelaskan masalah ialah berdasarkan tnggi atau rendahnya risiko yang ada pada tiap-tiap masalah.Langkah ketiga ialah menentukan objektif.Ia amat penting sebab ia akan menentukan apa yang diingini daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Lankah keempat ialah menentukan ukuran kejayaan.Ukuran kejayaan menentukan standard atau piawaian yang akan menjadi pengukuran tentang kejayaan dalam penyelesaian masalah.Langkah kelima ialah kutipan data.Penyelesaian masalah secara logikal memerlukan proses pengumpulan data atau maklumat yang berkaitan dengan masalah yang hendak diselesaikan.langkah keenam ialah membuat keputusan.Didalam membuat keputusan perkara-perkara yang lain yang perlu diambil kira ialah seperti kos untuk melaksanakan opsyen yang dipilih,jika kos pelaksanaannya tinggi sudah pasti keputusan yang diambil tidak dapat dilaksanakan.Langkah ketujuh ialah melaksanakan keputusan yang diambil.melaksanakan keputusan adalah mudah sebab semua proses tindakan telah pun dihuraikan dia dalam opsyen yang perlu dilaksanakan.Langkah yang terakhir ialah penilaian (review) .Penilaian adalah sangat penting sebab ia akan memberi gambaran tentang keberkesanan tindakan penyelesaian masalah yang telah diambil.
          Menyelesaikan masalah secara saintifik melibatkan proses empirikal induktif seperti mengadakan hipotesis,mengumpul maklumat,membuat kesimpulan,penyelesaian secara kreatif/lateral,penyelesaian melalui perasaan,penyelesaian secara islam,pendekatan hukum, dan pendekatan sufi.